‘Free’ elektrik untuk 4 juta rumah bagi bil RM77 ke bawah

Selepas beberapa minggu rakyat menghadapi isu bil elektrik yang melambung tinggi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut beliau, seramai 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik RM77 ( 300KWJ) ke bawah akan menikmati bil elektrik percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.
“Pengguna domestik guna elektrik lebih 300KWJ terima potongan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun 2020.
“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.
“Tenaga Nasional Berhad setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tonton sidang media penuh :

Sumber : Buletin TV3