Prihatin Elektrik – 3 Bulan Percuma

Sekali lagi PM kita buat kejutan.
Yang terbaru? Yes!!
Bantuan Prihatin Letrik yo….
Kalau korang duduk Semenanjung maka Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan pulak diberikan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik.
Sebabnya peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua orang duduk rumah maka penggunaan elektrik bertambah lah. Bila bil datang maka terkejut tak hengat sebab melambung lambung macam teh tarik mat lambung.
So, dengan pakej prihatin elektrik ni diharap dapat membantu rakyat kata Menteri Dr Shamsul Anuar Nasarah semasa buat pengumuman tu.
Mestila teruja …Best kan?
Ok…penerangannya gini, baca betui2
4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020. Jadinya kalau anda guna 300 KWJ kebawah bagi bulan April Mei dan Jun 2020 korang akan dapat percuma la.
prihatineletrik
Manakala bagi penggunaan lebih 300KWJ akan menerima potongan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun 2020. Dengan kata lain kalau anda guna lebih 300KWJ pada april mei dan jun anda dapat potongan RM77.
Blok Tarif antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60 akan dapat pula diskaun tambahan 8% menjadikan jumlah diskaun kepada 10% sebulan dari april hingga september.
Sebelum ini 2% je kan selepas ni 10% melibatkan 916000 pengguna domestik
Kalau sebelum ini dah bayar, jumlah lebihan bayaran tu akan dikreditkan semula ke akaun bill korang nanti.
Ok?  Paham?
Kalau tak paham tu baca la semula bagi paham jugak.
Last sekali apa kata kita ucap di komen tu..mana tau nanti ada benda2 best lagi boleh dapat utk kita.
TQ PM