Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh 3 bulan
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai rasuah (JKKMAR) baru-baru ini telah mendapat kata putus di mana setiap anggota pentadbiran perlu mengisytiharkan harta dalam tempoh tiga bulan dari tempoh mereka mengangkat sumpah sejajar dengan Kod Etika Anggota Pentadbiran
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRM) di semua kementerian dan sektor awam akan dilaksanakan. Ia di lihat dapat memberi pencegahan kepada jenayah rasuah secara efektif.
Untuk memastikan proses tatatertib dalam perkhidmatan awam di jalankan secara telus, Muhyiddin berkata, mesyuarat itu secara dasarnya bersetuju menjalankan kajian komprehensif bagi menambah baik pematuhan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).
Sistem pencegahan rasuah sektor swasta juga akan di perkasakan melalui beneficiary ownership dan entiti perniagaan mengikut Garis Panduan Tatacara Mencukupi.
Dalam mesyuarat itu juga, Cyber Security Malaysia mencadangkan supaya satu kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti empirikal keperluan dasar antirasuah digital. Ia secara dasarnya telah di persetujui terutama bagi menjamin integriti persekitaran digital.
Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 juga akan menjadi tanda aras kepada peningkatan tadbir urus dan integriti kerajaan supaya usaha untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan.
