100 HARI YANG SANGAT CEMERLANG, TENGKU ZAFRUL ADALAH ANTARA MENTERI KEWANGAN TERBAIK DI MALAYSIA
Di Malaysia Menteri Kewangan merupakan satu portfolio yang sangat penting buat negara kita kerana mereka yang dilantik ini yang akan mainkan peranan untuk menentukan halatuju ekonomi di Malaysia. Di bawah kerajaan PN, TSMY telah memberikan kepercayaan utk melantik Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan Negara.
Pengalaman luas beliau yang melebihi 22 tahun dalam industri kewangan, terutama sekali dalam bidang pelaburandan pengurusan perbankan sudah pasti ditagih dan menjadi faktor beliau layak utk dilantik bagi membantu menguruskan hal-hal kewangan negara.
Pencapaian 100 hari yang pertama beliau sebagai seorang Menteri Kewangan adalah sangat cemerlang. Beliau telah mengilhamkan pelbagai inisiatif utk rakyat Malaysia terutamanya ketika berdepan dengan pandemik covid 19 dan antara inisiatif yang telah dilakukan adalah Bantuan Prihatin, Prihatin (PKS), Penjana dan Laksana. Jumlah keseluruhan inisatif yang telah dilaksanakan telah melebihi 80 inisiatif dan bernilai RM295 bilion.
Perlantikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan sememangnya tepat kerana rakyat dapat melihat kesungguhan beliau untuk membantu negara dalam aspek ekonomi di tambah dalam keadaan yang sangat mencabar dimana ekonomi dunia yang tidak stabil. Dengan segala pengalaman yang beliau ada kita berharap ekonomi negara akan berada pada tahap yang baik dan mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia.
