LELAKI DIKATAKAN WARGA PAKISTAN TAUKE KEDAI BAWANG LETAK PENGHALANG DIDEPAN KEDAINYA SAMPAI MENGGANGGU LALU LINTAS
Kebanyakan dari kalangan netizen melahirkan keresahan mereka ekoran dari kebanjiran warga asing tersebut yang menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap penduduk sekitar.
Antara yang dipersoalkan ialah berlakunya kegiatan kongsi gelap di kalangan peniaga dan pemilik perniagaan di kalangan warga asing, isu kebersihan yang didakwa menjadi punca kepada penyebaran wabak penyakit, hubungan antara peniaga, pemilik peniagaan warga asing dengan warga sekitar, dan pelbagai lagi isu yang dibangkitkan oleh netizen.
Tular pula satu rakaman video dipercayai lokasi di kawasan Selayang, seorang individu dipercayai warga Pakistan tauke kedai bawang yang menguasai seluruh kawasan depan kedainya. Dia meletakkan tong-tong dihadapan kedainya sampai jauh jaraknya. Perakam video ini tidak berpuas hati dengan tindakan warga Pakistan ini, kerana mengganggu jalan dihadapan.
Kebanyakan perniagaan dikendalikan warga asing ini mereka dapat menawarkan harga lebih rendah sebab itu banyak perniagaan khususnya kedai runcit mereka lebih murah dan menjadi pilihan pengguna tempatan.
Ia memberi sedikit kekurangan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan pada harga rendah dan menjadi tanggungjawab mereka selepas ini untuk membuat pilihan lebih bijak bagi mendapatkan harga lebih berpatutan.