GEMPAR! LOKMAN DEDAH ZAHID DAN ANWAR BEKERJASAMA
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang suka membongkar apa yang berlaku di sebalik tirai politik Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam hari ini telah mendedahkan mengapa Presiden UMNO YB Bagan Datuk Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sanggup bekerjasama dengan Presiden PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan "parti musuh" DAP dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan YAB Pagoh Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin.
Ini ekoran Presiden PKR mengumumkan beliau mempunyai sokongan "hampir dua pertiga (2/3)" ahli-ahli parlimen, termasuk daripada YB-YB bukan Pakatan Harapan (PH) terutama daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baharu dan kenyataan Presiden UMNO mengesahkan bahawa ramai YB-YB UMNO dan BN telah "bertukar hala" dan menyokong YB Port Dickson itu.
Yang anehnya UMNO/BN telah muncul sebagai "kingmaker" dalam politik Malaysia dan bukannya PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) ataupun WARISAN!