Lebih 500 ahli PAN Kota Raja keluar parti kerana tidak yakin dengan PH
SERAMAI 545 ahli Amanah Kota Raja hari ini umum keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menyatakan tertarik dengan kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Borang keahlian itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas naib pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari.
Jaafar memaklumkan, lebih ramai ahli Amanah akan keluar dari parti itu. Katanya, beliau melihat tiada sebarang pembangunan di kawasan Kota Raja yang dibawa oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan dan juga ahli Parlimennya dari Amanah, Mohamad Sabu.