"Dah Lewat Malam Pun Masih Bekerja" - WargaNet Risau Kesihatan Dr Hisham


Semenjak kes Covid-19 mula menunjukkan peningkatan, nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kembali menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Ramai netizen mula meluahkan rasa simpati dan risau dengan keadaan kesihatan DG Hisham semenjak beliau diwajibkan menjalani kuarantin di rumah.

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa risau melihat perubahan riak wajah dan suara Dr Hisham yang dilihat seakan ‘kurang sihat’ ketika melaporkan sidang media di kaca televisyen. 

“Dah Lewat Malam Pun Masih Bekerja, Rehatlah Tuan” – Netizen


Semalam, DG Hisham telah memuat naik satu kenyataan di Twitter miliknya, beliau dilihat cuba menenangkan orang ramai yang khuatir jika pelaksaan PKPB memberi kesan kepada ekonomi.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian orang ramai adalah ciapan yang dimuat naik pada pukul 2 pagi, menunjukkan beliau terpaksa bekerja keras sehingga lewat malam akibat Covid-19.


Malah, dalam satu temubual eksklusif bersama beliau dalam sebuah rancangan, DG Hisham sendiri pernah mengakui dirinya tidak boleh melelapkan mata di waktu malam kerana sentiasa berfikir mengenai urusan kerja.

Apapun, kami doakan yang terbaik buat DG Hisham, semoga beliau sentiasa diberi umur yang panjang. Keep fighting DG! Sama sama kita jaga kita.