MP Bintulu slumber cakap ‘Noor Hisham takut m4ti’. Sekali Jelutong bangun
Dewan Rakyat bertukar kecoh seketika hari ini setelah berlaku pertikaman lidah di antara Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing dan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Ia bermula selepas Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut m4ti” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan w4bak Covid-19 di negeri itu.
Berikut reaksi netizan yang meny3lar kenyataan tidak bertangunjawab mp Bintulu terhadap Dg Dr Hisham
“Bukan sebab nak memuaskan hati ahli politik ke makanya kes naik kat Sabah? Patut ahli2 ni la yg turun tlg pantau…baru la pemimpin bersama rakyat namanya.
” Tak tau ke yg Dato’ Dr. Noor Hisham dan semuuuaaaaa kakitangan frontliner tu dah berbulan bulan kerja pagi petang siang malam tanpa cuti sebab pendemik ni. Korang ni dah bagi nasihat pun taknak dgr…tetap jugak nak tunjuk siapa yg berkuasa.
Ada hati plak lagi nak salahkan org lain atas salah sendiri. OMG!
“Open minda itu sikit rakan2…jangan disalahkan DG …sebab kami nampak dan tahu yg beliau sudah berkerja keras semasa pandemik nie…soal menteri dan timbalan menteri kesihatan pula janganlah kita mempertikaikan kerja mereka,anda tahu ke dorang memang xbuat kerja mereka??tahu??tahu atau tak??bila dorang buat live time dorang buat kerja dan turun padang menjalankan tugas nanti korang cakap riak,menunjuk2 dgn kerja mereka…aq bukan nak bakeup ke ape..cuma kekadang aq tengok netizen lebih cakap dari membantu..benda yang tak tahu jangan memandai2 cakap tahu…takut tak sedar kain yang dipakai dah terlondeh sampai leka dan asyik mencari kesalahan org lain…#kitajagakita
“Minta Menteri & Timbalan Kesihatan pergi lah ..kan mereka suka berjalan jalan ke sana ke sini…Sabah belum ada Menteri Kesihatan Negeri lagi ke..ataupun Bossku pergi lagi baik..kan dah menang pilihanraya Sabah …sepatutnya kena buat lawatan ni
Adakah Tiong bercakap bagi pihak menteri kesihatan, tanya Kit Siang
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, hari ini bertanya mengapa Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Tiong King Sing, menyalurkan kem4rahannya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Lim, Ting sepatutnya mengarahkan kemarahan itu kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, yang disifatkannya sebagai gagal berfungsi seperti sepatutnya.
Malah kata veteran DAP itu, dia juga mahu tahu jika Tiong sebenarnya bercakap di Dewan Rakyat hari ini bagi pihak Adham.
“Saya ingin bertanya Tiong, adakah beliau bercakap bagi pihak menteri kesihatan apabila beliau menyerang Noor Hisham di parlimen?
“Mengapakah Tiong tidak mengarahkan kemarahan beliau kepada Adham yang membuktikan reputasinya sebagai seorang menteri kesihatan yang ‘halimunan’ selepas beberapa siri kesilapan seperti isu air suam, 500 negara dan 15 negeri beliau?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Tiong yang juga ahli parlimen Bintulu mengkritik Noor Hisham kerana tidak pergi ke Sabah ketika wabak Covid-19 sekarang.
Malah Tiong yang dilantik Muhyiddin Yassin sebagai duta khas perdana menteri ke China menganggap Noor Hisham sebagai “takut m4ti” kerana tidak berkunjung di Sabah.
Kenyataan itu kemudian mendorong Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, mendesak agar Tiong menarik balik kenyataan berkenaan.
Ia berakhir dengan Rayer diusir dari dewan manakala Tiong kekal tidak menarik balik kenyataannya ke atas Noor Hisham hingga sidang hari ini tamat.
Lim berkata tindakan Tiong menyerang Noor Hisham hari ini bercanggah dengan kehormatannya sebagai ahli parlimen.
“Adakah Tiong membuktikan yang dia ‘tidak takut m4ti’ apabila pergi ke Sabah dari Bintulu semasa Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini?
“Kenyataan Rayer tepat. Tiong patut memohon maaf atas ser4ngan tidak berasas beliau terhadap ketua pengarah kesihatan,” katanya

